
vivo Malaysia dengan rasminya memperkenalkan smartphone terbarunya yang dikenali sebagai V3Max. Smartphone ini sangat berbaloi untuk dimiliki kerana menawarkan spesifikasi yang tidak kurang hebatnya! Menampilkan kerangka besi sepenuhnya membuatkan V3Max kelihatan premium. Menariknya lagi, vivo V3Max menggunakan kemasan pasir zirkon, untuk rasa yang selesa apabila dipegang, di tambah dengan ketebalan hanya 7.58mm dan seberat 168g sahaja. Apa yang istimewanya smartphone ini berbanding smartphone yang terdapat di pasaran sekarang, sokongan bateri berkapasiti 3,000mAh dengan teknologi dwi pengecasan pantas memboleh anda mendengar muzik selama 2 jam tanpa henti dengan pengecasan selema 5 minit serta hadir dengan 9 perlindungan tambahan semasa mengecas.
Selain itu, V3Max turut memiliki teknologi pengimbas cap jari yang pantas iaitu hanya 0.2 saat yang terletak di bahagian panel belakang smartphone dan boleh digunakan untuk mengambil gambar. Dari segi fungsi multimedia pula, vivo V3Max menawarkan kamera utama 13 Megapiksel bersama auto fokus pengesanan fasa (PDAF) yang pantas, manakala kamera depan besolusi 8 Megapiksel pula sesuai untuk mereka yang gemar berselfie. vivo tidak ketinggalan memastikan kualiti audio yang hebat pada V3Max di mana ia dikuasakan oleh cip Hi-Fi AKM4375 dengan penghasilan bunyi yang menakjubkan. Vivo V3Max akan mula dijual di seluruh Malaysia bermula 15 April berharga RM1,399 dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Emas.

