
Xiaomi Bakal Hadir Ke Google I/O Membawa Berita Besar?
Timbalan Presiden Xiaomi Global, Hugo Barra telah memberikan update yang menarik tentang Xiaomi dan Google I/O yang akan diadakan tidak lama lagi. Melalui akaun Twitter beliau, Hugo Barra memberitahu bahawa Xiaomi bakal hadir dan terlibat secara langsung dalam acara Google I/O dan beliau sendiri tidak sabar untuk berkongsi produk terbaru dari Xiaomi.
Berdasarkan gambar yang dimuat naik Hugo Barra, ramai pemerhati mengandaikan bahawa produk yang dimaksudkan adalah Android TV. Ini berdasarkan rekod cemerlang yang dimiliki Xiaomi dalam penghasilan produk rumah dan juga beberapa sumber bocor lain. Sekiranya ia menjadi realiti, ini mungkin menjadi batu loncatan yang besar bagi Xiaomi dalam menakluk pasaran global.