Google Drive Untuk iOS Dengan Fungsi Data Sandaran Bagi Memudahkan Anda Berhijrah Ke Android

header

Google mengemaskini laman webnya yang memberikan petunjuk kepada pemilik iPhone yang ingin berhijrah dari iOS ke Android. Tetapi apa yang lebih penting adalah, Google juga menambah ciri baru untuk aplikasi Google Drive pada iOS. Fungsi terbaru yang disertakan Google pada aplikasi Google Drive adalah kebolehan melakukan data sandaran kenalan, kalendar, dan gambar dan menyimpannya di dalam pelayan Google.

Dengan cara ini, anda boleh berhijrah ke sistem Android dengan mudah kerana semua fail penting sudah bersedia untuk dimuat turun ke dalam smartphone baru anda. Menu data sandaran boleh diakses dari dalam aplikasi melalui Menu > Settings > Backup. Kami sarankan anda menggunakan sambungan WiFi bagi melakukan proses muat naik data sandaran bagi mendapatkan data Internet yang stabil dan juga menjimatkan kuota data Internet mobil anda.

Untuk maklumat lengkap fungsi ini, layari laman Google

 

You might also like