Android Things, Sistem Operasi Terbaru Dari Google

Android OS . Android Wear . Chrome OS . Android TV

 

1

Nama-nama di atas merupakan sistem operasi yang dibangunkan Google bagi peranti seperti smartphone, jam pintar, komputer riba dan juga TV. Nampak macam dah lengkap dan cukup je kan sistem operasi yang ditawarkan Google, tetapi Google baru sahaja memperkenalkan sistem operasi terbaru dikenali sebagai Android Things yang dibangunkan khas untuk gajet dan perkakasan pintar.

android-thingsAndroid Things merupakan sistem operasi yang boleh dipasang pada produk seperti pembesar suara, termostat pintar, kamera keselamatan, router dan sebagainya. Ini membolehkan peranti-peranti tersebut, terutamanya yang digunakan di rumah, berkomunikasi dan bersambung di antara mereka, lantas melahirkan ekosistem peranti teknologi yang cekap.

Buat masa kini Android Things sudah boleh diakses oleh para developers bagi fasa pembangunan dan kajian, jadi kita tidak akan dapat melihat peranti dengan sistem operasi Android Things buat masa terdekat.

You might also like