Soul X-Tra Dengan Harga RM700 – Menjanjikan Kepuasan Semasa Berlatih

Latihan senaman terasa bosan apabila dilakukan berseorangan, jadi apa yang perlu anda buat ialah dapatkan Soul X-Tra sebuah fon kepala yang direka khusus buat pengguna yang aktif.

Fon kepala ini menggunakan sambungan tanpa wayar dengan mengekalkan kualiti bunyi yang menjadi trademark Soul dalam menyampaikan bunyi bass yang seimbang, jelas dan tinggi. Pad telinga direka supaya boleh dilipat, ditanggalkan malah boleh dicuci.

Bateri yang tahan lama mampu memberikan waktu mendengar sehingga 24 jam dengan sekali pengecasan. Selain itu, ia juga hadir dengan lampu dwi LED untuk memastikan anda sentiasa diterangi semasa menjalani aktiviti ataupun latihan dalam keadaan gelap.

Harga yang ditawarkan pula adalah sebanyak RM700 untuk warna Hitam dan Biru sahaja. Anda boleh mendapatkan Soul X-Tra di kedai-kedai pengedar sah yang terpilih.

https://www.youtube.com/watch?v=gWrAWwYjt8I

You might also like