
Lenovo dan Moto mengadakan “Kempen Bonanza Raya” pada musim perayaan ini dengan menawarkan promosi bermula dari 19 Mei sehingga 30 June. Setiap pembelian barangan terpilih Lenovo atau Moto, anda akan diberi penyertaan untuk cabutan bertuah seperti percutian ke Turki untuk dua orang, percutian ke Korea Selatan untuk dua orang, 10 motosikal Modenas dan 50 unit kad Tounch N’ Go diberikan bernilai RM50.
Dalam masa yang sama, Moto memperkenalkan Moto Care Plan dimana pelanggan akan diberi 12 bulan jaminan tambahan. Produk terpilih yang menawarkan promosi adalah Lenovo K6 Note, K6 Power, P2 dan A6600 Plus.
1. Lenovo K6 Note, Lenovo K6 Power
Lenovo K6 Note dan Lenovo K6 Power memberikan pengalaman hiburan yang terbaik yang dilengkapi dengan stereo speaker Dolby Atmos, selain hadir dengan set cip Qualcomm Snapdragon 430 lapan teras 1.4GHz dengan bateri sebesar 4,000mAh. Lenovo K6 Note dan Lenovo K6 Power dijual pada harga RM949 dan RM779.
Setiap pembelian pelanggan akan diberikan sarung peranti, pelindung skrin
dan speaker Bluetooth bernilai RM149.
2. Lenovo P2
Dilengkapi dengan paparan skrin jenis Super AMOLED 5.5 inci dengan kerangka logam penuh dan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 625 lapan teras 2.0GHz dan RAM 4GB. Telefon pintar ini dijual dengan harga RM1,299.
Setiap pembelian pelanggan akan diberikan sarung peranti, pelindung skrin
dan set telinga SkullCandy bernilai RM189.
3. Lenovo A6600 Plus
Lenovo A6600 Plus ialah sebuah peranti dengan paparan skrin bersaiz5 inci dengan pemproses empat teras dijual pada harga RM479.
Setiap pembelian pelanggan akan diberikan sarung peranti, pelindung skrin
dan bekas makanan bernilai RM79.
4. Moto M
Telefon pintar dengan paparan HD penuh 5.5 inci dan pemproses lapan teras 2.2GHz turut mendapat audio jenis Dolby Atmos yang dijual pada harga RM1,199.
Setiap pembelian pelanggan akan diberikan sarung peranti, pelindung skrin
dan speaker Bluetooth bernilai RM149.
5. Moto Mods
JBL SoundBoost – RM299 (asal RM599)
Moto Insta-Share Projector – RM979 (asal RM1,399)
Hasselblad True Zoom – RM909 (asal RM1,299)
Incipio offGRID Power Pack – RM349 (asal RM499)
Anda boleh mendapatkan produk-produk tersebut di kedai yang terpilih.