Acer Perkenal Barisan Baharu Model TravelMate Untuk Pasaran Malaysia – Harga Bermula RM2,599

Acer Malaysia hari ini melancarkan beberapa siri produk baharu untuk rakyat Malaysia. Antsra produk yang diperkenalkan adalah TravelMate P614, TravelMate X314 dan TravelMate P214.

Acer TravelMate P614

Acer TravelMate P614 yang dijual pada harga RM5,699 ini dihadirkan dengan rekaan yang kemas dan moden. Dikuasakan oleh Intel Core i7dan disertakan dengan 8GB RAM dan x4 PCIe SSD Gen3 512GB. Turut disertakan dengan skrin sesentuh FHD bersaiz 14″ dengan bezel nipis dan 72% gamut warna. Dikhabarkan bateri peranti ini ia mampu bertahan sehingga 20 jam.

Acer TravelMate X314

TravelMate X314 pula dijual pada harga RM3,899 dan dihadirkan dengan Intel Core i5 generasi ke-8 bersama 8GB DDR4 RAM berkelajuan tinggi dan SSD sehingga 256GB menggunakan teknologi NVMe. Turut dihadirkan dengan FHF IPS bersaiz 14″ yang mrnyokong sudut tontonan 178 darjah.apa yang pasti sistem keselamatan peranti ini sanngat baik apabila ia disertakan dengan sistem pemgimbas cap jari yang terleyak di butang kuasa.

Acer TravelMate P214

Bagi TravelMate P214 pula ia dijual pada harga bermula dari RM2,599 sehingga RM2,899 ini tampil dengan pemproses Intel i3 atau i5 generasi ke-8 bersama 4GB DDR4 RAM. Tampil dengan skrin bersaiz 14 inci atau 15.6 inci yang boleh diubah suai. Dikhabarkan jangka hayat baterinya mampu bertahan sehingga 14 jam.

______________________________________________________________________

Menerusi majlis tersebut juga, pihak Acer turut memperkenalkan Chromebook 311, Projektor PD1320Wi & PD1520i dan monitor EI491CR. Acer Chromebook 311 dijual pada harga RM1,299 dan disertakan dengan Intel Celron N4100. Menakjubnya, ia menerima ujian ketahan ketenteraan dan mampu menampung berat sehingga 60kg. Bateri mampu bertahan sehingga 12 jam melalui menggunakan port type-C.

You might also like