
Sokongan 3D Touch Pada Facebook Messenger Sudah Hadir
Facebook pernah berkata ia akan mengambil masa untuk mengintegrasikan ciri-ciri 3D Touch Apple pada iPhone 6S ke dalam aplikasi Messenger mereka, dan ia memang benar. Fungsi tersebut sudah lama boleh digunakan pada aplikasi Facebook namun tidak pada aplikasi Messenger.
Setelah berbulan-bulan menunggu, akhirnya fungsi 3D Touch sudah pun diintegrasikan pada aplikasi Messenger. Aplikasi chat tersebut kini boleh mengesan kadar tekanan yang diletakkan ke atas skrin untuk membolehkan anda preview dahulu kandungan mesej, pautan web, gambar, video dan bermacam-macam lagi. Ia sedikit sebanyak membantu mempercepatkan proses navigasi di dalam aplikasi tersebut.

