
[ Ciri Baharu ] Terima Atau Tolak Jemputan Perbualan Kumpulan WhatsApp Kini Sedang Dibangunkan
Tiba-tiba anda dijemput masuk ke dalam perbualan kumpulan WhatsApp tanpa kebenaran anda? Kadang-kala berasa tertekan juga kerana sebenarnya anda tidak ingin ditambah masuk tanpa pengetahuan anda, bukan?!
[ WhatsApp Tetapkan Had Menganjak Mesej Kepada 5 Kali ]
Perkara ini mungkin tidak akan berlaku lagi kerana WhatsApp sedang membangunkan satu ciri baharu yang membolehkan anda membuat pilihan sama ada menerima atau menolak jemputan yang dihantar.
Dalam pengemaskinian akan datang ini, terdapat tiga pilihan yang boleh anda tetapkan seperti di bawah:
- Everyone – Anda sentiasa boleh ditambah ke dalam kumpulan, tiada jemputan akan diterima.
- My Contacts – Anda boleh ditambah ke dalam kumpulan dari kenalan anda. Anda akan menerima jemputan untuk menyertai kumpulan dari orang yang tidak ada dalam senarai kenalan.
- Nobody – Anda tidak boleh ditambah secara langsung dalam kumpulan, dalam apa jua keadaan. Hanya jemputan akan diberikan kepada anda.
Apabila jemputan diterima, anda diberi pilihan untuk “Accept” atau “Decline”. Tambahan lagi jemputan ini hanya sah dalam tempoh 72 jam, anda perlu menunggu jemputan baru untuk masuk ke dalam kumpulan tersebut..
[ Kemaskini WhatsApp Perkenalkan “Reply Privately” – Lebih Memudahkan Perbualan Secara Persendirian Dalam Kumpulan! ]
Buat masa sekarang ciri ini masih dalam peringkat pembangunan, dan ia akan diedarkan pada masa hadapan untuk pengguna Android dan iOS.

