Lebih Sempurna?! Samsung Galaxy A90 Bakal Tampil Dengan Rekaan Pop Up Kamera?!

Tahun 2019 membuka tirai dengan pelbagai peranti baharu yang hebat, salah satu daripadanya mestilah Samsung Galaxy S10 yang bakal diperkenalkan pada 21 Februari nanti. Bukan sahaja siri Galaxy 10 yang perlu dinanti-nantikan, tetapi terdapat satu lagi model yang perlu diambil perhatian.

Terkini melalui twitter IceUniverse, model yang dikenali sebagai Galaxy A90 ini bakal diperkenalkan dengan penggunaan rekaan pop up pada kamera. Ini bermakna tiada sebarang takuk atau kamera muncul pada skrin penuh New Infinity.

Rekaan kamera pop up atau lebih dikenali sebagai elevating camera ini telahpun dibawa masuk oleh vivo dan OPPO, dan kini mungkin akan dijana pada peranti Samsung kelak.

[ [Tertiris] : Kapasiti Bateri Siri Samsung Galaxy S10 Kini Muncul Di Internet ]

Menurut lagi, Galaxy A9 dilengkapi dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 845, bukan Snapdragon terbaru 855. Dijangka akan dikeluarkan secara rasmi pada Mac tahun ini, lebih lewat daripada Galaxy S10.

Adakah benar khabar angin ini? Kita tunggu ya….

_____________________________________

Artikel Popular:

 

You might also like