- Iklan -

OPPO Find X – Rekaan Futuristik Berharga RM3699

- Iklan -

Hari ini lah setelah lama menunggu kehadiran siri Find dari OPPO! Sejak berita tersebar di laman sesawang mengenai kembali-nya OPPO Find dengan model baharu Find X, dan telah pun dilancarkan secara rasmi di luar negara dengan rekaan unik penuh futuristik di bawah spesifikasi terkini.

OPPO Find X mengambil langkah tidak mengikut trend semasa iaitu rekaan skrin rongak/takuk, sebaliknya memperkenalkan Skrin Gerbang Panaromik (Panoramic Arc Screen) yang unik dan indah. Paparan hampir skrin penuh ini membawakan nisbah skrin-ke-kerangka pada 93.8%.

Tambahan lagi, rekaan kaca pada panel belakang agak kemas dan licin tanpa sebarang rekaan. Pembinaan kamera diletakkan pada kedudukan yang sangat unik, di antara permukaan gelas. Kamera utama dan hadapan akan tampil setelah aplikasi kamera diaktifkan, melalui pergerakan mekanikal yang menggelungsur pada Find X yang penuh futuristik.

Kamera Stealth 3D ini hadir bersama 20MP + 16MP kamera utama dan 25MP kamera hadapan. Modul lampu berstruktur dengan pelbagai komponen seperti kamera infra-merah, sensor jarak dekat, projektor dot dan sebagainya diintegrasikan ke dalam unit ini.

Sensor 3D untuk ciri Omoji dan ciri Face Unlock menjanjikan pengalaman berguna yang lebih seronok, disamping memastikan tahap keselamatan yang lebih tinggi.

Find X yang terkenal dengan fungsi flagship turut dijana dengan cip pemproses Snapdragon 845, bersama RAM 8GB dan ROM 256GB. Gabungan dengan  kemampuan AI serta Android 8.1 dan ColorOS 5.1, perningkatan ini menjadikan ia lebih kukuh, laju dan pintar.

OPPO Find X ditawarkan pada harga RM3699 bermula 5 Ogos 2018. Kalau berminat, boleh membuat pra-tempahan bermula 17 Julai 2018 di Kedai Konsep OPPO, atau melalui laman rasmi OPPO dan platform e-dagang seperti Lazada, 11street dan Shopee. Pelanggan juga boleh beli di Celcom Blue Cube dan SenQ. Seunit jam pintar Olike Neo berharga RM376 akan diberikan semasa membuat pra-tempahan.

Spesifikasi OPPO Find X

Sistem Operasi Android 8.1 Oreo, Color OS 5.1
CPU Qualcomm Snapdragon 845
GPU Adreno 630
Memori 8GB RAM, 256GB ROM
Skrin 6.4 inci OLED FHD+
Kamera Utama: 16MP f/2.0 + 20MP f/2.0
Hadapan: 25MP f/2.0
Bateri 3730mAh, VOOC
Sambungan WiFi 802.11 a/b/g/n/ac
Warna  Merah Bordeaux, Biru Glacier

 

 

 

 

 

 

- Iklan -

You might also like