Edisi OPPO Find X Automobili Lamborghini Bakal Dibawa Masuk Ke Pasaran Tempatan

- Iklan -

Dalam perasmian OPPO Find X, turut diumumkan Edisi OPPO Find X Automobili Lamborghini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Uniknya rekaan pada edisi mewah ini adalah pembinaan tekstur fiber karbon yang sama digunakan pada kereta Lamborghini, di atas tujuan melindungi badan peranti yang mewah.

Edisi ini akan menampilkan tema ColorOS tersendiri, menjadi kelebihan pada peranti ini adalah kehadiran pengecasan SuperVOOC. Sistem pengecasan pantas ini mampu mengecas penuh peranti hanya dalam 35 minit, sepantas kereta Lamborghini sekaligus mempertingkatkan pengalaman ke tahap selanjutnya.

Buat masa kini tiada harga jualan atau tarikh pemasaran diketahui.

You might also like