KINGDOM HEARTS III Bakal Menemui Peminat 29 Januari 2019?

Buat peminat permainan video KINGDOM HEARTS, Sony Interactive Entertainment Hong Kong Limited Singapore Branch (SIES) mengumumkan bahawa versi Inggeris KINGDOM HEARTS III, yang merupakan kemasukan terbaharu siri KINGDOM HEARTS akan tersedia di Malaysia pada 29 Januari 2019.

Bagi versi standard, ia dijual pada harga RM239 (disk), dan RM229(Digital). Manakala bagi versi Deluxe (Disk) pula ia dijual pada harga RM349.

Dalam pada itu, terdapat juga All-in-One Pakage (digital) yang mana ia dijual pada harga RM349. Dalam pakej ini, ia mengandungi KINGDOM HEARTS HD1.5 + 2.5 REMIX(Instant access), KINGDOM HEARTS HD 2.8 Final Chapter Prologue (Instant Access) dan KINGDOM HEARTS III.

KINGDOM HEARTS merupakan permainan yang sangat popular yang mana ia terjual lebih daripada 25 juta unit diseluruh dunia.

Ditetapkan di dalam pelbagai dunia Disney, siri KINGDOM HEARTS telah berkembang dengan memperkenalkan Dunia Pixar dan dunia baharu Disney.

Dikhabarkan, sistem kombatnya adalah yang terbaik berbanding siri-siri yang terdahulu yang mana ia juga merupakan ciri utama permainan ini. Berkoloborasi bersama karekter daripada Disney-Pixar.

Bagi yang belum mengetahui, KINGDOM HEARTS III berkenaan kuasa persahabatan di antara Sora dan kawan-kawanya bersama-sama menempuh cabaran dan dugaan bersama. Ditetapkan dalam pelbagai dunia Disney, Sora mengharungi perjalanan tersebut bersama Donald Duck dan Goofy yang merupakan utusan yang dihantar oleh King Mickey dari istana Disney untuk menghentikan kuasa kejahatan yang dikenali sebagai Heartless daripada menakluki alam semesta ini.

You might also like