Samsung Memperkenalkan Charm, Fitness Tracker Yang Elegan

5.4Fitness tracker Samsung Charm yang diperkenalkan buat pertama kali pada MWC 2016 kini telah dilancarkan secara rasmi ke pasaran. Samsung Charm boleh digunakan bersama peranti yang menggunakan sistem operasi Android 4.4 KitKat dan ke atas.

Peranti ini kemudiannya akan berhubung dengan smartphone menggunakan aplikasi Charm by Samsung yang membolehkan anda mengakses data seperti kiraan tapak, pembakaran kalori dan juga jarak perjalanan setiap hari.

5.3Harga jualan masih belum diumumkan, namun Samsung France sudah mengumumkan harga pasaran di negara tersebut di mana ia akan dijual pada harga 40 euro (kira-kira RM 182.09). Ia hadir dalam variasi warna hitam, emas dan rose quartz.

You might also like