
Samsung Galaxy S7 Active Berwarna Emas Tertiris?!
Seperti biasa, selepas pelancaran Galaxy S7 Samsung Galaxy S7 Akhirnya Tiba Di Pasaran Malaysia, Samsung pastinya akan memperkenalkan model yang mensasarkan untuk pengguna aktif iaitu Galaxy S7 Active.
Gambar peranti ini sudah hangat diperkatakan beberapa minggu yang lepas tetapi masih belum rasmi diperkenalkan. Semalam, satu lagi gambar Samsung Galaxy S7 Active tertiris dari @evleaks yang menampilkan warna emas.
Tidak pula diberitahu spesifikasi peranti ini tetapi jika dilihat daripada rekaannya, ia sememangnya tidak begitu menarik perhatian wanita. Tetapi harus diakui, badannya yang “gagah perkasa” pastinya perlu dimiliki oleh mereka yang gemar mengembara dan lakukan aktiviti lasak.