Samsung Galaxy S7 Akhirnya Tiba Di Pasaran Malaysia

S7_silver(1)_meitu_41Walaupun agak lambat diperkenalkan, akhirnya Samsung Galaxy S7 tiba di pasaran tempatan dengan harga RM2,699 termasuk GST!

Tidak banyak perbezaan yang dapat dilihat pada model ini berbanding Samsung Galaxy S7 edge selain paparan skrin yang lebih kecil iaitu berukuran 5.1 inci, tetapi masih mengekalkan resolusi QHD 2560 x 1400 piksel sama seperti Galaxy S7 edge serta bateri Li-Ion berkapasiti 3000mAh.

Apa yang penting, lensa penggambaran Galaxy S7 sama hebat dengan Galaxy S7 edge yang menawarkan kamera utama dwi-piksel 12 Megapiksel f/1.7 dengan penstabilan imej optikal (OIS). Manakala kamera hadapan pula menyokong lensa 5 Megapiksel f/1.7 untuk mereka yang gemar berselfie.

Kepada anda yang berminat untuk memiliki smartphone ini, ia telahpun dijual di Stor Samsung Experience dan Stor Maxis terpilih bermula 29 April 2016 yang lepas. Hadir dengan tiga warna yang boleh dipilih iaitu Hitam Onyx, Emas Platinum dan juga Perak Titanium. Model manakah yang akan menjadi pilihan anda? Samsung Galaxy S7 yang dijual pada harga RM2,699 mahupun Samsung Galaxy S7 edge yang ditawarkan dengan harga RM3,099?!

S7_gold(3)_meitu_8

You might also like