Digi Anjur Kejohanan Raja Futsal – Tawarkan Hadiah Utama Bernilai RM100,000

2140
- Iklan -

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) bakal menganjurkan Kejohanan Futsal Raja bermula bulan hadapan, dengan tawaran hadiah utama wang tunai bernilai sehingga RM100,000 untuk dimenangi.

Kejohanan yang terbuka untuk lelaki berusia 18 hingga 30 tahun akan diadakan di 14 negeri termasuk Wilayah Persekutuan. Bermula di negeri Selangor pada 29 Julai 2018, manakala pusingan akhir bakal berlangsung pada 20 November 2018 di sekitar Lembah Klang.

Empat pasukan terbaik akan menerima tunai berserta pingat dan hadiah, namun hanya dua kumpulan terbaik dari setiap negeri kecuali Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing akan mara ke pusingan akhir. Tempat kedua dalam pusingan akhir pula akan menerima wang tunai bernilai RM20,000, manakala dua kumpulan di tempat ketiga akan menerima RM2,500 berserta pingat dan hadiah.

Kejohanan buat pertama kalinya yang dianjurkan Digi bagi memanfaatkan kemeriahan musim bola sepak antarabangsa yang sedang berlangsung kini, selain sebagai usaha syarikat untuk terus berhubung dengan pelanggan sedia ada, baharu atau bakal pelanggannya.

Dari kiri : Santharuban Thurai Sundaram (Naib Presiden Pemasaran Etika Beverages Sdn. Bhd), Tim Tham (Ketua Pemasaran Puma Malaysia), Mike Xu (Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Technologies Sdn. Bhd), Loh Keh Jiat (Ketua Pegawai Pemasaran Digi), Datuk Koh Yaw Hui (Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Life Assurance Berhad) dan Nazri Noran (Pengurus Kandungan Rangkaian Astro Radio Sdn. Bhd) pada pelancaran Raja Futsal Malaysia 2018.

Kejohanan Raja Futsal Digi yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM150,000 itu turut mendapat kerjasama Vivo, Great Eastern Life Assurance, Etika, Puma dan rangkaian media Astro Radio. Dalam pusingan akhir, Raja Futsal akan diadakan dalam suasana seperti karnival dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk orang ramai.

Pendaftaran untuk menyertai kejohanan itu dibuka secara rasminya sejak semalam (1 Julai 2018) menerusi laman rasmi Raja Futsal dengan yuran pendaftaran sebanyak RM100 bagi setiap pasukan. Sebanyak 25 pasukan pertama dari setiap negeri yang mendaftar akan menerima hadiah pendaftaran awal.