
Sebagai sebuah syarikat telco yang bertanggungjawab kepada pelanggannya, Maxis menyeru pengguna SIM 3G mereka menukar kepada SIM 4G untuk menikmati rangkaian 4G terbaik di negara ini.
Maxis telah memperkenalkan kempen ‘RM1 Juta Tukar SIM 3G’ kepada pelanggan Maxis dan Hotlink, kempen ini secara automatik layak kepada pelanggan yang menukar SIM mereka di pusat Maxis atau peniaga Hotlink terdekat.
Terdapat tiga pusingan sepanjang tempoh kempen ini, pelanggan akan layak untuk mengambil bahagian ketiga-tiga pusingan selagi mereka belum menang. Ini bermakna pelanggan yang lebih awal lebih berpeluang untuk menang. Ketiga-tiga pusingan diadakan pada 3 Mei, 16 Mei dan 21 Mei 2017.
Berikut adalah cara-cara untuk mengambil bahagian dalam kempen ini:-
- Bawa kad SIM 3G aktif anda ke mana-mana Pusat Maxis/peniaga Hotlink yang mengambil bahagian untuk pertukaran SIM.
- Bawa Kad Pengenalan atau Pasport yang sah, untuk membuktikan bahawa anda adalah pemilik yang sah SIM tersebut.
- Setelah pertukaran SIM berjaya diselesaikan, secara automatik anda layak untuk menyertai kempen ini.


