Meizu M5c – Siri M Terbaru Dilancarkan Dengan Warna Yang Menarik

Siri M terbaru dari Meizu telah dirasmikan! Telefon pintar kelas pertengahan Meizu M5c menggunakan kerangka badan yang diperbuat daripada polikarbonat, ia hadir dengan pilihan warna hitam, emas, biru dan merah jambu dengan berat hanya 135g dan kenipisan cuma 8.3mm sahaja.

Meizu M5c didatangkan dengan skrin paparan 5 inci 720p yang dikuasakan oleh pemproses empat teras 1.3GHz, memori RAM 2GB dan storan sebanyak 16GB serta slot kad microSD atau SIM kedua. Selain perkakasan, kamera depan hadir dengan 5 Megapiksel yang menyokong fungsi ArcSoft untuk swafoto yang menarik dan kamera belakang 8 Megapiksel bersama aperture f/2.0.

Meizu M5c adalah telefon pintar pertama antarabangsa yang datang bersama Flyme 6 OS iaitu ciri One Mind AI yang memperuntukan memori untuk aplikasi supaya prestasi yang lancar.

Pihak Meizu tidak mengumumkan harga bagi peranti ini lagi, tetapi ia dijangka akan dijual di bawah RM1,185 seperti yang mereka umumkan sebelum ini. Buat masa ini mereka belum umumkan mengenai penjualan Meizu M5c di Malaysia lagi.

You might also like