
Berita baik buat penggemar OPPO, telefon pintar OPPO A77 akan mula dijual di kedai-kedai OPPO yang sah pada penghujung bulan ini. Peranti ini dilengkapi dengan ciri-ciri kamera yang hebat dengan sensor 16 Megapiksel di depan, malah pengguna boleh mengambil gambar swafoto hanya melalui gesture menggunakan tapak tangan sahaja. Manakala kamera belakang pula menerima sensor 13 Megapiksel sesuai digunakan dalam keadaan terang mahupun gelap.
Semua fungsi ini dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3,200mAh yang mampu bertahan seharian. Anda yang berminat, boleh mendapatkannya mulai minggu depan.

