Grab Menyediakan Perkhidmatan Panggilan Kereta Bagi Acara Sukan SEA Ke-29

(Dari kiri) YB Brig. Gen. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan; Anthony Tan, CEO kumpulan Grab, YBhg. Dato’ Seri Zolkples Embong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan Sean Goh, Ketua Pengurus Grab Malaysia

Temasya sukan yang terbesar di Asia Tenggara, Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-29 akan diadakan di Kuala Lumpur (KL2017) tidak lama lagi. Grab selaku syarikat penyedia perkhidmatan tempahan kereta akan menjadi Penaja Emas sukan temasya tersebut memandangkan Grab bakal meraikan ulang tahunnya yang ke lima.

Oleh itu, Grab mendapat gelaran sebagai Penaja Pemanggil Kenderaan Pengangkutan Rasmi selepas menandatangani memorandum persefahaman oleh Ketua Pengurus Grab Malaysia, Sean Goh manakala Kementerian Belia dan Sukan diwakili oleh Ketua Setiausaha, Datuk Lokman Hakim Ali. Turut hadir dalam majlis pertukaran perjanjian itu, YB Brig. Gen. Khairy Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Grab, Anthony Tan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Zolkples Embong, dan Timbalan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Ng Keng Chuan.

Para penyokong boleh menikmati perjalanan yang lancar, selamat, mudah dan selesa untuk acara sukan kegemaran anda sepanjang tempoh berkenaan. Grab berpendapat kerjasama ini sekaligus dapat mengurangkan kesesakan jalan raya untuk ke tapak acara.

 

You might also like