- Iklan -

SUBPLACE Meraikan Aidilfitri Menerusi Pemberian SUB Box Kepada Badan Kebajikan Anak-Anak

Har raya bakal menjelma tidak lama lagi, justeru, SUBPLACE meraikannya dengan menyumbang SUB Box mengandungi bekalan keperluan asas dan makanan ringan kepada anak golongan kurang berkemampuan di Rumah Kasih Harmoni dan Hiichiikok Foundation Home agar mereka merasai gembira.

Buat yang tidak mengetahui, bagi suku pertama 2021, SUBPLACE telah mengadakan kempen #SUBportingTogether yang menawarkan SUB Box merangkumi bekalan keperluan asas untuk memperkenalkan orang ramai kepada kemudahan pelan langganan. BIlangan SUB Box adalah terhad di platform SUBPLACE dengan harga serendah RM1.

Kempen ini mendapat maklum balas positif dan kejayaan ini diikuti dengan kempen kedua SUBPLACE sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, ‘JOM! RAYA BERSUBMA SUBPLACE’.

Kempen ini diadakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur di mana SUBPLACE telah menawarkan lebih daripada lima puluh ribu barang runcit terpilih pada harga serendah RM1 kepada orang ramai. Kempen ini telah berjaya menerima sambutan menggalakkan dan berjalan lebih pendek daripada masa yang dijangkakan setelah kehabisan stok.

Pada tahun yang sukar ini, keceriaan mungkin sedikit sukar disebabkan kemerosotan ekonomi yang berterusan disebabkan wabak COVID-19. Maka, SUBPLACE berharap kempen mereka dapat membantu mengurangkan beban kewangan orang ramai, tidak kira siapa, untuk menjadikan masa ini lebih mudah terutamanya semasa musim perayaan.

You might also like