
Program TV Dari Spotify
Spotify telah mengumumkan bahawa mereka akan memperluaskan servis kandungan mereka dengan melancarkan 12 rancangan yang berkisarkan muzik dan budaya pop. Siri video tersebut boleh dinikmati pengguna Spotify pada platform iOS dan Android (percuma dan berbayar).
Untuk fasa pertama rancangan tersebut akan dilancarkan di negara seperti US, UK, Jerman dan Sweden, lain-lain negara bakal menyusul mengikut perancangan Spotify.
Antara rancangan yang bakal ditayangkan adalah Rush Hour yang mengetengahkan kisah dua artis hip hop. Selain itu, terdapat juga rancangan dokumentari seperti Public Spaces di mana anda boleh menonton artis-artis terkenal melakukan persembahan di tempat-tempat awam.


