Miliki Huawei nova 2i Serendah RM899 Di Shopee

Masih ingat telefon pintar pertama keluaran Huawei yang menawarkan empat buah kamera iaitu nova 2i? Sebelum ini Huawei nova 2i dijual pada harga RM1,299, kemudian ia diturunkan kepada RM1,099 untuk pasaran tempatan.

Terbaru, kepada sesiapa yang sedang mempertimbangkan untuk memiliki Huawei nova 2i, inilah masa yang sesuai untuk anda membelinya kerana ia ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding biasa.

Harga yang ditawarkan oleh FinalChoice dari Shopee adalah terendah setakat ini iaitu RM899 dan ia adalah model original dan waranti juga dari Huawei Malaysia. Namun begitu, hanya dua warna sahaja yang ditawarkan iaitu hitam dan emas.

Huawei nova 2i lengkap dengan fungsi empat kamera, skrin besar, rekaan ergonomik dan yang paling utama ialah dua ciri baru Face Unlock dan AR Lens.

You might also like