Neffos Bakal Melancarkan Neffos C5s Di Malaysia Dalam Masa Terdekat?!

Menerusi Facebook neffos Malaysia, mereka telah berkongsi gambar dan spesifikasi telefon pintar terbaru yang bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi iaitu neffos C5s.

Menampilkan paparan skrin bersaiz 5.0 inci dengan resolusi 854×480 piksel, peranti ini akan dikuasakan oleh CPU MediaTek MT6737 dan OS Android Nougat bersama RAM 1GB serta storan berkapasiti 8GB.

Dari segi penggambaran pula, neffos C5s dilengkapi kamera utama 5 Megapiksel dan 2 Megapiksel untuk kamera hadapan bagi mereka yang gambar berswafoto. Walaupun hadir dalam kategori kelas pertengahan, neffos C5s masih menawarkan sambungan 4G dan LTE yang pantas serta menyokong bateri sebesar 2340mAh.

Buat masa sekarang, pihak neffos masih belum mengumumkan butiran mengenai pelancaran neffos C5s ini. Tetapi kemungkinan besar ianya akan hadir ke pasaran tempatan pada bulan Mei 2018 nanti.

You might also like