
Hakim Menyebelahi Apple
Berikut adalah satu lagi kes berkenaan Apple dan perbalahannya dengan kerajaan US dalam isu menyahkunci peranti Apple. Seperti ramai yang sedia maklum Apple telah pun bertegas tidak akan memberikan kerjasama kepada FBI dalam mengekstrak informasi dari iPhone milik penyerang San Bernardino. Satu lagi kes yang serupa telah pun dibawa ke pengadilan mahkamah dan berikut adalah perkembangan kes tersebut.
Seorang hakim persekutuan telah menafikan kemahuan kerajaan yang mengarahkan Apple menyahkunci iPhone 5s milik seorang pengedar dadah jenis meth. Apa yang menarik pada kes ini adalah peranti tersebut menggunakan sistem operasi iOS 7 dan versi tersebut boleh diakses Apple untuk mendapatkan informasi pengguna, sedikit berbeza dengan kes San Bernardino yang menggunakan sistem operasi iOS 9 yang tidak dikatakan tidak boleh diakses oleh Apple.
Walaupun mempunyai akses kepada peranti yang digunakan pengedar tersebut, Apple masih teguh dengan pendiriannya untuk tidak membocorkan sewenang-wenangnya data dari peranti Apple. Syarikat teknologi itu juga mahu kerajaan agar tidak menggunakan All Writs Act sesuka hati tanpa melihat impak yang besar kepada keselamatan data pengguna.

