Bintang Buatan Manusia Bakal Berada Di Langit

889
- Iklan -

1

Kumpulan jurutera angkasa dari Rusia yang terlibat dengan projek “Mayak” sedang bersiap sedia untuk persiapan sebelum pelancaran satelit tersebut ke angkasa yang akan diterbangkan bersama roket Soyuz 2. Projek tersebut dibiayai oleh orang ramai melalui sistem dana komuniti Boomstarter dan menurut kumpulan tersebut dana terkumpul ketika ini berjumlah 1.5 juta rubles (RM 83716.05) dan ianya akan digunakan bagi ujian penerbangan satelit Mayak.

12729292_957791970968022_8769506886636137361_n

Selepas ini jurutera Mayak bercadang untuk membina sistem brek dan meningkatkan daya aerodinamik staelit tersebut sekiranya ujian penerbangan berjalan lancar. Untuk mencapai objektif tersebut mereka memerlukan sumbangan dana yang berterusan bagi memastikan projek berada pada trek masa yang dijadualkan.

Sekiranya projek Mayak berjaya, ianya bakal menjadi “bintang” buatan manusia paling terang di angkasa. Mayak alan mengorbit matahari sambil membawa 16 meter persegi pembalik cahaya yang akan memancarkan semula sinaran matahari menjadikannya sangat terang.