
Android N Tanpa App Drawer?
Kemas kini status di akuan Google Maps telah mencipta kekecohan di kalangan pengguna Android. Video berdurasi 59 saat yang menunjukkan fungsi dan reka bentuk antaramuka Google Maps pada platform Android N ini sebenarnya sedikit sebanyak menunjukkan hala tuju Google dalam pembangunan versi Android terbaru mereka.
link video – https://twitter.com/googlemaps/status/703235681976332288
Kekecohan yang dimaksudkan berpunca dari 2 saat pertama video tersebut yang memaparkan antaramuka Android N tanpa app drawer, dan ia mengundang reaksi negatif majoriti pengguna Android. Sekiranya Google benar-benar membuang fungsi app drawer berkemungkinan besar mereka akan dianggap meniru sistem antaramuka iOS, dan atas sebab itulah ramai pengguna berkeras agar Google meneruskan fungsi tersebut di dalam versi Android yang akan datang.
Di samping itu ramai pengguna menyatakan mereka amat menggemari app drawer kerana ia membolehkan mereka melakukan ubah suai pada paparan home screen dengan bebas tanpa perlu risau akan kepadatan ikon aplikasi kerana semua aplikasi boleh diakses dari app drawer.

