Perubahan Kepada Sistem Informasi Harga Di Dalam Play Store

Satu pembaharuan telah dilaporkan muncul di dalam Play Store beberapa jam yang lalu. Beberapa aplikasi yang kini di dalam tempoh jualan promosi menunjukkan harga asal dan tempoh baki promosi. Sebelum ini kedua-dua informasi tersebut tidak ditunjukkan, dan hanya harga promosi sahaja yang diletakkan pada label harga aplikasi.

Buat masa ini hanya sebilangan kecil aplikasi di bawah label LEGO dan Warner Bros. sahaja yang menunjukkan perubahan ini. Mungkinkah Google dan syarikat ini bekerjasama bagi mencuba sistem paparan informasi terbaru. Kami amat menyokong sekiranya informasi seperti ini dipaparkan secara terus kepada pengguna, dan diharapkan agar format ini diperluaskan ke semua aplikasi dan kandungan boleh muat turun di dalam Play Store.

You might also like