Budak 10 Tahun Berjaya Buka FaceID Pada iPhone X Ibunya

Apple berpendapat sistem keselamatan FaceID rekaan mereka tidak mampu dibuka selain pemiliknya sendiri. Kenyataan ini sama sekali salah kerana seorang kanak-kanak berusia 10 tahun berjaya membuka iPhone X milik ibunya dengan mudah sekali.

Dalam satu video ini, seorang wanita menunjukkan iPhone X miliknya yang berkunci berjaya dibuka oleh anak lelakinya. Walaupun FaceID dikatakan mampu membaca wajah pemiliknya dengan menggunakan 30,000 dot pada muka ternyata ia tidak berfungsi dengan baik.

Ini besar kemungkinan FaceID keliru dengan bentuk wajah manusia malah Apple memberi respon bahawa budak lelaki ini adalah satu-dalam-sejuta yang mampu berbuat begitu.

Hal ini sama sekali telah memalukan Apple dan pasukannya. Oleh itu, ramai beranggapan TouchID masih lagi kekal relevan untuk digunakan berbanding pengecaman wajah.

You might also like