
Mozilla baru sahaja melancarkan Firefox Quantum untuk peranti di bawah platfom iOS dan Android. Mozilla mengatakan pelayar internet ini kini dua kali lebih pantas berbanding Firefox biasa untuk enam bulan lalu.

Apa yang telah dipertingkatkan dalam versi ini ialah kelajuan dalam melayari internet. Firefox Quantum juga menerima antaramuka baharu yang lebih moden yang dipanggil Photon. Selain itu, sistem antaramuka ini lebih lancar semasa menatal skrin disebabkan Mozilla menggunakan enjin yang baru.
Dalam masa yang sama, kami juga sedang menggunakan Firefox Quantum pada komputer dan boleh dilihat perbezaan dari segi kepantasan dan kelancaran. Kami rasakan frame rate yang diguna pakai kini lebih tinggi berbanding pelayar Chrome yang biasa digunakan.
Mozilla juga mengumumkan Firefox akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna mereka. Buat masa ini, ia hanya tersedia dalam versi beta untuk telefon pintar manakala untuk komputer ia boleh dimuat turun bermula hari ini.

