
[Tertiris] Harga & Spesifikasi Sony Xperia XZ2 & XZ2 Compact

Sony adalah antara pengeluar telefon pintar yang bakal membuat kemunculan dalam acara MWC 2018 yang berlangsung minggu hadapan. Dua buah telefon pintar yang dikhabarkan akan dilancarkan oleh Sony adalah Xperia XZ2 dan XZ2 Compact.
Khabar angin yang bertiup mengatakan, kedua-dua telefon pintar ini menawarkan spesifikasi seperti pemproses Snapdragon 845, memori RAM 4GB/64GB ROM, paparan skrin hampir penuh dengan nisbah 18:9 yang dilindungi oleh Gorilla Glass 5 serta pengimbas cap jari yang terletak di panel belakang.
Bukan itu sahaja, kedua-duanya juga dikatakan tidak akan hadir dengan port 3.5mm audio jack. Perbezaan ketara yang dapat dilihat ialah saiz paparan skrin iaitu berukuran 5.7 inci untuk Xperia XZ2 dan 5.0 inci bagi XZ2 Compact.
Sony Xperia XZ2 dilapor akan dijual pada harga USD987 (kira-kira RM3,825), sementara versi Compact pula berharga USD740 (kira-kira RM2,867).
https://twitter.com/sonyxperia/status/965511954935803904?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.xda-developers.com%2Fxperia-xz2-sony-xperia-xz2-compact%2F

