Miliki Telefon Pintar Baru Serendah RM88 Dari Celcom – Sempena Tahun Baru Cina

Sebagai meraikan Tahun Baru Cina ini, Celcom telah menawarkan promosi hebat untuk mereka yang ingin mendapatkan telefon pintar baru. Kini anda boleh mendapatkan model Huawei Nova 2i, Samsung Galaxy J3 Pro dan OPPO F5 dengan harga serendah RM88 sahaja.

Bagi melayakkan anda memiliki peranti ini pada harga serendah RM88, perlulah melanggan pelan pascabayar FIRST dari Celcom. Jika inginkan Samsung Galaxy J3 Pro, hanya perlu melanggan Celcom FIRST Gold Plus. Manakala bagi model OPPO F5 serta Huawei Nova 2i pula boleh melanggan Celcom FIRST Platinum.

Selain model peranti di atas, Celcom turut menawarkan beberapa telefon pintar lain pada harga yang mampu anda miliki, seperti OPPO F5 6GB berharga RM158 atau Samsung Galaxy A8 ditawarkan pada harga RM238 dengan pelan Celcom FIRST Platinum Plus.

Promosi ini akan tamat pada 28 Februari 2018 dan anda boleh mendapatkan pelbagai tawaran hebat di mana-mana cawangan Celcom BlueCube berhampiran di seluruh Malaysia.

You might also like