
Tahun Baru Cina merupakan satu sambutan yang memberi kita peluang untuk berkongsi kegembiraan, terutamanya dengan mereka yang kurang bernasib baik. Pada 13 Februari yang lepas, 80 orang sukarelawan Maxis telah melawat Rumah Charis untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama para penghuni di sana.
Selain membantu menyiapkan kawasan perumahan sempena sambutan Tahun Baru ini, para sukarelawan juga bekerjasama untuk mengecat pagar, membersihkan bahagian dalam dan luar serta menggantung hiasan Tahun Baru Cina.
Bagi menghidupkan ‘huat’ pada Tahun Baru Cina ini, penghuni juga diberi peluang untuk menikmati tarian singa dengan cara baharu. Maxis memperkenalkan Ang Pao HuatAR,pertama seumpamanya yang membantu ‘menghidupkan’ singa Ah Huat dengan menggunakan realiti tambahan (Augmented Reality – AR).
Dengan aplikasi Maxis HuatAR, para penghuni dapat menjadi sebahagian daripada tarian singa dan mengambil gambar bersama ‘Ah Huat’.
Mengulas mengenai sumbangan Maxis ke Rumah Charis, Suzanne Lee, Pengurus Operasi Rumah Charis, sangat berterima kasih kepada Maxis kerana sudi melawat rumah Charis dan membawa kegembiraan kepada semua penghuni di musim perayaan ini. Dia amat kagum melihat sukarelawan Maxis yang meluangkan masa untuk bersama-sama mereka.

