[ Tertiris ] Siri Samsung Galaxy Note 10 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Berbeza?!

Susulan pihak Samsung mengesahkan tarikh perasmian acara Galaxy Unpacked 2019 jatuh pada 7 Ogos, kini terdedah lagi gambar acah Galaxy Note 10 dan Note 10 Plus (atau Note 10 Pro) yang dikatakan mempunyai paparan skrin OLED baharu dengan nisbah skrin-ke-kerangka melebihi 94%, menjadi peranti pertama di dunia dengan spesifikasi ini.

Seperti yang dilihat melalui video acah Samsung, siri Note 10 baharu tetap menyokong S Pen dan hadir dengan kamera hadapan yang diletakkan di bahagian tengah skrin. Menurut sumber peranti baharu ini mungkin hadir bersama warna Prism White, perbezaan terbesar antara kedua-dua model ini adalah rekaan panel belakang.

Gambar acah ini jelas menunjukkan siri Note 10 menggunakan modul kamera yang berbeza, di sebelah tri-kamera Galaxy Note 10 Plus terdapat LED flash dan dua sensor yang masih tidak diketahui fungsinya dan dikhabarkan ia mungkin mempunyai ciri yang sama seperti Galaxy S10 5G.

Selain itu Galaxy Note 10 masih mengekalkan sambungan 3.5mm audio port, lain pula Galaxy Note 10 Plus tidak dilihat pada gambar. Spesifikasi yang lain termasuk melengkapi cip pemproses Snapdragon 855 (atau Exynos 9825), 8GB RAM + 128GB ROM (mungkin Note 10 Plus akan dinaiktaraf kepada 12GB RAM + 1TB ROM) dan sokongan pengimbas cap jari ultrasonic.

Dari segi kamera utama, Note 10 masih menggunakan 12MP + 16MP sementara Note 10 Plus akan menambah kamera 3D ToF padanya. Daya ketahanan masing-masing menyokong 4,000mAh dan 4,500mAh, dengan sokongan 25W / 45W pengecasan pantas serta pengecasan tanpa wayar dua hala.

Peminat siri ini haruslah menunggu hari ketibaannya pada 7 Ogos nanti.

_____________________

Artikel Berkaitan:

 

 

You might also like