[Ura-Ura] : Bateri Samsung Galaxy Note 10 Pro Dijangka Lebih Besar Daripada Samsung Galaxy Note 9?

1096
- Iklan -

Sebelum ini kami pernah berkongsi artikel mengenai Samsung Galaxy Note 10 dijangka tersedia dalam dua saiz dan mempunyai empat versi yang berlainan. Terbaru, maklumat mengenai kapasiti bateri untuk salah satu versi untuk model ini tertiris di media sosial.

[BACA : Samsung Galaxy Note 10 Tersedia Dalam 2 Saiz 4 Versi?! ]

Sekeping foto yang didakwa dikaitkan dengan Samsung Galaxy Note 10 Pro muncul – menunjukkan kapasiti 4,500 mAh (500 mAh lebih besar berbanding Samsung Galaxy Note 9). Jika diteliti, nombor model bateri adalah EB-B N975 ABU. Sumber berkata, ia boleh dikaitkan dengan nombor model SM-N975 yang sepadan dengan Galaxy Note10 Pro.

[BACA : Samsung Galaxy Note 10 Sokong Empat Kamera + Rangkaian 5G? ]

Apa kata anda mengenai perkara ini? Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan dan belum dapat dipastikan kebenarannya. Segala teka teki bakal terjawab apabila tuan empunya badan sendiri muncul! Sama-sama kita tunggu…

[SUMBER] , [SUMBER 1