
Samsung Galaxy Note 10 Tersedia Dalam 2 Saiz 4 Versi?!
Penampilan siri Samsung Galaxy S10 tidak lama sahaja di pasaran Malaysia, dipercayai ramai peminat siri Note sedang menunggu ketibaan peranti flagship ini yang dikhabarkan akan rasmi pada Ogos atau September nanti.
[ BACA: Samsung Galaxy Note 10 Sokong Empat Kamera + Rangkaian 5G? ]
Laman sesawang sudah pun tersebar dengan pelbagai berita mengenai Galaxy Note 10, yang terkini adalah peranti ini mungkin akan hadir dalam 2 saiz skrin iaitu 6.28 inci dan 6.75 inci dan dijangka terdapat empat versi untuk dipilih.
Dua pilihan skrin terdapat dalam versi LTE yang masing-masing menyokong tri-kamera dan quad-kamera, manakala satu lagi versi adalah 5G yang mempunyai spesifikasi yang lebih kurang. Versi akhir sekali adalah Galaxy Note 10e yang dikhabarkan hadir dengan skrin 6.4 inci.
[ BACA: Tertiris! Ujian Geekbench Samsung Galaxy Note 10?! ]
Setakat ini masih banyak lagi maklumat yang belum dikenalpasti lagi, adakah ura-ura sebelum ini menjadi benar kita tunggu Ogos atau September nanti. Sebelum itu, boleh ikuti laporan kami mengenai perasmian Samsung Galaxy A Series Unpacked 2019 pada esok (10 April, 8pm) ya.
[ SUMBER ]

