- Iklan -

Yodoo Meneruskan Sokongan Untuk Liga Premier Futsal Malaysia!!

Yoodo, perkhidmatan mudah alih digital sepenuhnya dan boleh ubahsuai yang pertama di Malaysia, sekali lagi meneruskan sokongan untuk komuniti futsal Malaysia dengan pengumuman Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Musim 3, di mana Yoodo merupakan Telco Digital Rasmi bagi tahun ketiga berturut-turut sejak 2019. 

MPFL 2021 bermula pada 12 Jun 2021 untuk kategori lelaki, manakala kategori wanita, akan bermula pada 12 Ogos 2021. Liga tersebut disertai 32 pasukan dari seluruh negara.  Pasukan yang berjaya ke perlawanan akhir akan bertanding pada 22 Ogos bagi kategori wanita dan pada 28 Ogos bagi kategori lelaki. 

Untuk maklumat lanjut tentang Yoodo, ikuti Yoodo di www.facebook.com/yoodoMY atau layari www.yoodo.com.my

You might also like