grandPad, Tablet Acer Untuk Golongan Emas

1Di bawah nama grandPad, Acer telah menghasilkan sebuah peranti tablet yang dibina khas bagi warga emas. Fungsi dan antaramuka tablet ini telah diubah suai bagi memudahkan mereka menggunakan peranti dan menikmati teknologi yang sama digunakan generasi muda sekarang ini.

2Antara fungsi dan kelebihan yang ditawarkan tablet ini adalah:-

  • Speaker menghadap hadapan berkualiti tinggi, menjadikan lebih mudah untuk pengguna mendengar audio ketika melakukan panggilan suara dan video.
  • Kawasan tepi tablet yang 10% lebih besar bagi memudahkan ia dipegang.
  • Peningkatan dalam kecerahan skrin dan kepadatan piksel.
  • Fungsi pengecasan tanpa wayar Qi.
  • Perumah peranti khas bagi memastikan tablet ini tahan lama.
  • Sokongan pengguna terbina di dalam bagi memudahkan pemilik tablet mendapatkan bantuan pada bila-bila masa.
  • Kamera 5 megapiksel pada bahagian depan dan belakang grandPad.
  • Fungsi lampu suluh dan fungsi kanta pembesar menggunkan kamera dan lampu flash pada bahagian belakang tablet.

Kesemua fungsi dan teknologi ini dipaparkan di dalam sebuah sistem operasi dengan antaramuka yang sangat mudah diakses. Arahan penggunaan aplikasi sangat jelas, ikon paparan yang besar dan akses pantas kepada media serta aplikasi di dalam peranti pasti akan dihargai pengguna.

grandPad akan mula dipasarkan sekitar suku pertama tahun ini
You might also like