

Bersempena sambutan hari Deepavali yang bakal tiba, Maxis telah memperkenalkan Deepagrams, satu paket wang yang boleh berubah menjadi cahaya hologram menggunakan telefon pintar.
Bukan sahaja menghadiahkan wang kepada yang tersayang atau kenalan malah, cahaya hologram pertama seumpanya juga boleh dikongsi bersama. Setiap paket wang Deepagrams, pengguna boleh menggunakan prisma telus khas untuk memainkan hologram.

Apa yang perlu anda buat ialah, imbas kod QR yang terletak di belakang paket wang, kemudian pasang prisma khas tersebut pada skrin telefon pintar. Seterusnya anda boleh saksikan cahaya kegembiraan berulang kali.
Para pelanggan Maxis boleh mendapatkan Deepagrams di mana-mana cawangan Pusat Maxis seluruh Malaysia bermula hari ini selagi stok masih ada.

