Huawei Nova 2i Habis Terjual Dalam Masa Sehari

Pengunjung bersesak di pintu luar kedai

Selaku pengeluar telefon pintar kedua dunia, Huawei baru sahaja menambah koleksi barisan perantinya di pasaran tempatan. Huawei Nova 2i yang mula dijual di Huawei Flagship Experience Store, Pavilion Elite, Jumaat lalu telah dibanjiri oleh pelanggan dari serata Kuala Lumpur dan sekitar.

Pelanggan yang hadir sanggup menunggu seawal jam 9 pagi bagi mendapatkan peranti pertama Huawei yang dilengkapi empat kamera. Bukan setakat itu sahaja, mereka sebenarnya ingin menjadi 100 pelanggan terawal untuk mendapatkan kotak hadiah bersama smart band yang keseluruhan bernilai RM898.

Hannah Delisha dan pelanggan berkongsi pengalaman

Di samping itu, penampilan duta siri Nova, Hannah Delisha juga memeriahkan lagi suasana di sekitar majlis dengan mendekatkan diri dengan para pembeli. Hannah juga berkongsi pengalaman menggunakan peranti Nova 2i bersama pembeli malah ada yang berkesempatan mengambil swafoto.

Huawei Nova 2i sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang hadir dengan skrin nisbah 18:9 bersaiz 5.93 inci FullView Display. Dibekalkan dengan dua kamera depan dan dua kamera belakang ia juga menawarkan teknologi pengimbas wajah untuk efek potret yang lebih terperinci.

Dioperasikan oleh EMUI 5.1 dan pemproses Kirin 659, Nova 2i turut dimuatkan dengan memori RAM 4GB dan ROM sebesar 64GB. Sistem audio juga membawakan efek 3D stereo sekeliling. Huawei Nova 2i boleh didapati dengan pilihan warna Graphite Black, Prestige Gold, dan Aurora Blue pada harga kompatitif iaitu RM1,299.

Anda juga boleh melayari laman jualan atas talian Vmall untuk perkhidmatan hantaran ke pintu rumah. Maklumat lanjut boleh semak di Facebook rasmi Huawei Malaysia.

You might also like