
Fuhhh! Fuhhh! Fuhhh! Dunia telefon pintar kini semakin panas nampaknya. Makin hari semakin banyak dibanjiri dengan penawaran peranti-peranti luar biasa yang terbaik dalam kelas masing-masing.
[BACA: Soal Jawab Bersama ASUS – Apa ASUS Bakal Bawa Masuk Ke Malaysia? ROG Phone 2?! ]
Buat die hard fan ASUS ROG Phone, ASUS hari ini berkongsi satu lagi kejutan buat korang! ASUS berkongsi penawaran ASUS ROG Phone II untuk versi Malaysia – dilihat bakal tampil dengan spesifikasi lebih berkuasa berbanding edisi Tencent di pasaran China. Tak percaya? Kalau tak percaya, boleh check sendiri jadual di bawah ini :

Pun begitu, buat masa ini ASUS masih berteka-teki mengenai tarikh pelancaran dan ketersediaan peranti ini untuk pasaram tempatan. Sama-sama kita tungggu dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!
Berminat barangan ASUS, beli di pautan berikut:

