Warna Waterfall Gray Bakal Tersedia Bagi OPPO F11 Pro 128GB, Pasti Memukau Mata Yang Memandang

Jenama peranti pintar terkenal, OPPO akan melancarkan warna terbaharu bagi OPPO F11 Pro 128GB dengan warna yang sangat memukau iaitu warna Waterfall Gray. Warna yang terdahulu iaitu Thunder Black dan Aurora Gree masih lagi tersedia.

Warna Waterfall Gray ini diinspirasikan daripada keindahan air terjun dengan warna air yang sangat jernih. Dengan warna gradien silver dan ungu yang indah pada badan OPPO F11 Pro ini pastinya mampu memukau setiap mata yang memandang.

Bagi warna Waterfall Gray ini, ia akan tersedia pada versi OPPO F11 Pro 6GBRAM + 128GB ROM. Bermula dari 7 Mei 2019, versi OPPO F11 Pro Waterfall Gray 6GBRAM + 128GB ROM akan tersedia di kedai di seluruh Malaysia pada harga RM1299 sahaja. O-fans boleh membeli peranti ini di mana-mana OPPO concept store atau pengedar yang sah.

Anda juga boleh membeli peranti ini secara atas talian di OPPO Official Online Store atau rakan rasmi e-commerce OPPO iaitu Lazada dan Shopee.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang OPPO, Facebook rasmi OPPO,  OPPO Official Online Store, Lazada dan Shopee.

________________________________

Baca juga:

You might also like