Miliki OPPO F11 Pro (6GB + 128GB) Pada Harga RM1,299 – Ketersediaan Bermula SEKARANG!

Berita baik buat semua peminat setia OPPO!

Kini anda boleh memiliki OPPO F11 Pro versi lebih besar iaitu 6GB RAM + 128GB ROM dengan hanya RM 1,299. Bagi yang berminat, ketersediaan bermula SEKARANG dan boleh mendapatkannya menerusi beberapa saluran berbeza termasuk Lazada, Shopee, OPPO Online Store dan semua kedai konsep OPPO seluruh Malaysia!

Tidak ketinggalan, pelanggan yang membeli OPPO F11 Pro versi standard 6GB RAM + 64GB ROM bakal nikmati ganjaran menarik seperti jaminan waranti tambahan + pelindungan skrin percuma selama setahun yang bernilai sehingga RM198! Harga peranti adalah sama iaitu RM 1,299!

OPPO F11 Pro (6GB+ 128GB)

OPPO F11 Pro (6GB +64GB)

RM1,299

RM1,299

(jaminan waranti tambahan + pelindungan skrin percuma selama setahun)

Sekadar makluman, OPPO F11 Pro hadir dengan skrin 6.5″ FHD+ dengan rekaan pop up pada kamera hadapan. Ia dijana oleh cipset MediaTek Helio P70. Melengkapinya, bateri 4,000 mAh (melalui micro-USB) + pengecasan pantas VOOC 3.0. Turut tersedia teknologi Hyper Boost bertujuan mengoptimumkan prestasi peranti.

You might also like