OnePlus Mengacah Keupayaan Kamera Pada OnePlus 7 Pro – Kongsi Hasil Gambar Di Media Sosial

Tinggal kurang daripada dua minggu sahaja lagi siri OnePlus 7 bakal dilancarkan secara rasmi iaitu pada 14 Mei 2019. Menjelang pelancaran, nampaknya OnePlus mula mengacah peminatnya dengan berkongsi beberapa hasil gambar daripada model OnePlus 7 Pro.

OnePlus telah memadam data EXIF. Namun melihat pada pandangan perspektif gambar, ramai membuat spekulasi gambar pertama diambil menggunakan lensa sudut ultra-lebar – menunjukkan suasana yang luas. Kemudian, gambar kedua pula diambil pada mod biasa. Manakala, gambar terakhir berkemungkinan diambil menggunakan lensa telefoto dengan sokongan zoom optik 3x.

Apakah kejutan yang sedang dirancang oleh OnePlus? Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi ‘rumors’ semata-mata. Untuk ketahui lanjut, sama-sama kita tunggu kemunculan rasminya kelak!

You might also like