- Iklan -

Shopee Akhiri Tahun 2018 Dengan Kejayaan

Platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee mengakhiri tahun 2018 dengan kejayaan yang menakjubkan menerusi Shopee 12.12 Birthday Sale (Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee) yang luar biasa. Pada 12 Disember, Shopee menerima lebih 12 juta pesanan di seluruh rantau ini, mengatasi semua rekod sebelum ini termasuk Shopee 11.11 Big Sale (Jualan Besar-Besaran 11.11 Shopee) baru-baru ini.

Shopee yang disokong oleh 450,000 jenama dan rakan dagang, Shopee menerima 48 juta kunjungan yang menyaksikan pengguna memanfaatkan 60 juta tawaran dalam semua kategori. Permainan dalam aplikasi Shopee juga sangat popular seperti permainan Shopee Shake yang dimainkan 46 juta kali sepanjang kempen.

Terdapat 3 kategori utama yang popular di malaysia iaitu Kesihatan dan Kecantikan, Kediaman dan Kehidupan, dan Bayi dan Mainan. Beberapa jenama utama turut menjadi pilihan utama dalam kalangan pelanggan seperti Watsons, Nestle, Pet Pet, Realme dan Petronas .

Lebih menarik tiket bagi konsert Duta Jenama Serantau Shopee, iaitu Jelajah Dunia 2019 BLACKPINK yang ditawarkan habis disambar pembeli dalam tempoh tidak sampai sejam, dengan 100 tiket dibeli dalam masa 30 saat yang pertama.

Jenama Milo yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira tua atau muda turut menjadi pilihan pengguna. Nestle Milo Energy Cube menjadi pilihan utama, dengan ulasan hebat tentang khasiat uniknya dalam saiz kudapan yang menyelerakan. Tambahan lagi, orang ramai semakin prihatin terhadap kesihatan sambil mereka terus mengamalkan gaya hidup yang seimbang. Begitu juga dengan Penggoreng Udara Russell Taylor yang merupakan salah satu produk yang memang dicari-cari untuk ditambah kepada peralatan dapur penting sebagai alternatif sihat untuk menggoreng makanan.

Selain itu, satu lagi produk yang menarik perhatian ramai ialah Xiaomi Mi Band 3 yang membolehkan si pemakai menjejak tahap kecergasan diri dengan merakamkan aktiviti harian seperti berjalan kaki, tidur, kadar jantung dan kalori yang dibakar. Di samping itu, telefon iPhone Apple terbukti menjadi daya tarikan utama dalam Shopee 12.12. Birthday Sale.

Dalam pada itu, Shopee menawarkan pelbagai pilihan produk termasuk jenama antarabangsa dan tempatan utama seperti NYX, MR DIY, honor, Tefal, Tesco, LEGO, Fossil dan banyak lagi. Pada tahun ini, Shopee telah melancarkan beberapa telefon mudah alih eksklusif yang mendapat sambutan menggalakkan, termasuk honor 9 Lite yang mencatatkan jualan 500 unit dalam masa lima minit dan Realme 2 Pro yang merupakan jenama telefon pintar paling pantas berkembang di platform ini.

Lebih menarik, Shopee ialah penaja bagi Piala FA Malaysia 2018 di mana lebih daripada 20,000 e-tiket telah dibeli di Shopee. Shopee juga berganding bahu dengan penganjur Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) untuk menyediakan pelbagai peluang kepada alumni seperti melancarkan gedung rasmi mereka di platform ini dan memilih kempen fesyen di dalam dan luar talian.

Kerjasama lebih kukuh dengan penyedia logistik utama: Sejajar dengan dedikasi Shopee menyediakan pengalaman beli-belah dalam talian, Shopee telah meluaskan rangkaian logistik menerusi kerjasamanya dengan penyedia logistik yang terkemuka, DHL eCommerce dan bahagian logistik AirAsia, RedBox, untuk menjamin penghantaran yang cekap dan lancar kepada semua pengguna.

Menggunakan kaedah inovatif untuk meningkatkan penglibatan pengguna: Shopee Celebrity Squad (Skuad Selebriti Shopee) telah dilancarkan pada Mei untuk memudahkan pengguna Shopee mendapatkan produk daripada bintang terkenal yang disanjungi seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin, Nora Danish, Ummi Nazeera, Tomok, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah. Setakat ini, Shopee mempunyai lebih daripada 20 selebriti tempatan dalam skuad dan bercadang untuk mendapatkan khidmat lebih ramai selebriti pada tahun-tahun akan datang.

Untuk mengakhiri sambutan ulang tahun Shopee, pengguna boleh menyertai pusingan jualan terakhir Shopee 12.12 Thank You Sale (Jualan Terima Kasih 12.12. Shopee) yang diadakan dari 13 hingga 14 Disember. Anda boleh menyertai Shopee 12.12 Thank You Sale .

Baca juga: 

 

You might also like