Hanya 2% Daripada Pengguna Android Bertukar Ke iPhone 7 dan iPhone 7 Plus

pic 1Berdasarkan kepada kaji selidik yang dijalankan oleh firma broker iaitu Piper Jaffray di Amerika Syarikat baru-baru ini, hanya 2% peratus daripada pembeli iPhone 7 dan iPhone 7 Plus terdiri daripada pengguna Android yang ingin beralih menggunakan peranti iOS. Kaji selidik yang dibuat ke atas 83 orang yang beratur untuk membeli peranti terbaru Apple itu pada hari pertama jualannya. Tidak dinafikan angka ini tidak menunjukkan senario sebenar kerana ia melibatkan jumlah calon yang tidak ramai dan spesifik pada satu-satu kawasan sahaja, tetapi sedikit sebanyak ia telah memberikan gambaran awal sambutan terhadap peranti tersebut.

pic 2Kaji selidik ini juga telah memperlihatkan 54% daripada pembeli telah bercadang untuk membeli iPhone 7 dan 46% lagi memilih untuk membeli iPhone 7 Plus. Daripada jumlah itu juga, 63% telah memilih model dengan kapasiti 128GB, 19% memilih kapasiti minimum iaitu 32GB dan 18% lagi mensasarkan kapasiti 256GB.

Apa yang menariknya, walaupun pesaing terbesarnya iaitu Samsung berhadapan dengan isu bateri yang menjadi kontroversi hangat, nampaknya ia tidak memberi impak besar kerana masih ramai di antara pengguna Android di luar sana yang masih kekal untuk terus menggunakan peranti Android berbanding iOS.

 

You might also like