Shopee 11.11 Big Sale Memecah Rekod Tahun Lepas!

Shopee mengumumkan bahawa kejayaannya dalam 11.11 Big Sale (Jualan Besar-Besaran 11.11) dengan memecahkan rekod tahun lepas iaitu lebih daripada 11 juta pesanan dicatatkan pada 11 November dalam tempoh 24 jam, kira-kira 4.5 kali lebih besar berbanding 2017.

Jumlah kunjungan mencecah lebih 42 juta sambil pembeli memanfaatkan tawaran luar biasa meliputi semua kategori. Di kemuncak jualan, lebih 58,000 barangan telah dijual dalam masa satu minit.

 

Ketika jualan besar-besaran itu berlangsung, jenama dan penjual utama yang turut serta menerima peningkatan pesanan sehingga 716 kali dan purata pertambahan pengunjung lebih 750% yang mana Kategori Kesihatan & Kecantikan, Mudah Alih & Peranti dan Kediaman & Kehidupan muncul sebagai tiga kategori utama.

Antara produk yang mendapat sambutan hebat termasuk Realme 2 Pro yang dilancarkan buat julung kalinya di Malaysia dan merupakan telefon pintar paling laris pada hari tersebut.

Selain itu, Shopee mengekalkan kedudukannya sebagai platform utama bagi produk fesyen dan kecantikan, dengan Telekung Arafah Lace dan Maybelline Lip Studio menjadi antara produk paling laris di Shopee.

Apa yang menakjubkan adalah strategi Shopee mengutamakan peranti mudah alih terus menjadi faktor kejayaan penting bagi Shopee 11.11 Big Sale tahun ini di Malaysia, dengan lebih 90% pesanan dibuat dalam aplikasi. Shopee Shake yang merupakan permainan dalam aplikasi terkenal Shopee telah dimainkan sebanyak lebih daripada 4 juta kali di Malaysia.

Justeru, sebagai tanda penghargaan kepada pengguna atas sokongan berterusan mereka, Shopee akan mengadakan 11.11 Thank You Sale (Jualan Terima Kasih 11.11) selama tiga hari mulai 12 hingga 14 November. Pengguna akan menerima pusingan akhir tawaran dan promosi 11.11.

 

Baca Juga:

 

 

 

You might also like