Jabra Bakal Beri Hadiah Berupa Telefon Pintar Bernilai RM20000 Kepada Pelanggan Setia

988
- Iklan -

 

Kombinasi sistem audio yang mantap telah dizahirkan pada telefon pintar. Jabra yang baru sahaja memenangi Innovation Award di persidangan teknologi pengguna di Las Vegas akan menghadiahkan kepada pelanggan setianya dengan hadiah berupa telefon pintar bernilai hampir RM20000.

Menurut Pengurus Negeri, Jabra Malaysia, KC Yap, Jabra akan memberikan hadiah telefon pintar kepada pelanggan yang bertuah dengan cara membeli headset di bawah Jabra Elite Series dari mana-mana cawangan di Malaysia.

“Tahun 2018 adalah tahun yang baik buat kami. Jadi kami ingin memberi ganjaran kepada pelanggan yang memilih Elite Series dan memberi peluang kepada mereka memenangi hadiah berupa telefon pintar.

“Apa yang perlu dilakukan adalah dengan membeli sebuah headset di bawah Jabra Elite Series di mana-mana cawangan di Malaysia,”katanya.

Antara hadiah yang bakal dimenangi oleh pelanggan yang bertuah ialah Apple iphone Xs (RM 4999), Samsung Note 9 (RM 3699), Huawei Mate 20 (RM 2799), Vivo V11 (RM1699), Oppo F5 (RM1399), Samsung A7 2018 (RM1299), Huawei Nova 3i (RM1099), Redmi 5 Plus (RM799), Huawei Nova 2 Lite (RM689).

Bagi melayakkan anda untuk memenangi hadiah tersebut, ini yang perlu anda lakukan.

1) Beli Jabra Elite Series dari mana-mana cawangan di Malaysia.

2) Tekan butang Like di laman facebook AMT Technologies .

3) Hantarkan resit rasmi pembelian di Facebook message.

4) Cabutan bertuah akan dilakukan pada hari Jumaat dalam sesi Facebook Live.

5) Tempoh promosi adalah dari 19 November 2018 sehingga 18 Febuari 2019

Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini, sila hubungi AMT Distributor di Facebook AMT Distributor atau hubungi ditalian  +603-3344 1124.

Baca Juga: