[Ura-Ura]: HUAWEI Mate 30 Pro Dikhabarkan Bakal Disertakan Dengan 7 Kamera?

Siri HUAWEI Mate 30 bakal tiba tidak lama lagi yang pastinya membuatkan orang ramai teruja. Menariknya, terdapat beberapa imej tertiris yang memaparkan HUAWEI Mate 30 Pro dikatakan akan didatangkan dengan 7 kamera!!!

Menurut gambar yang dikongsikan oleh @onleaks, HUAWEI Mate 30 Pro ini bakal hadir dengan sistem tri-kamera bagi kamera belakang dan 4 kamera di bahagian belakang.

Menerusi imej yang tertiris ini juga, ia tidak di hadirkan dengan butang laras suara.

Bagi yang belum mengetahui, siri HUAWEI Mate 30 ini akan di lancarkan pada 19 September ini. Jadi teruskan bersama kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peranti ini.

___________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like